PEKERJA Israel memerhatikan jenteranya merobohkan rumah penduduk Palestin di Hebron, Tebing Barat. FOTO Reuters
PEKERJA Israel memerhatikan jenteranya merobohkan rumah penduduk Palestin di Hebron, Tebing Barat. FOTO Reuters
Reuters

Baitulmaqdis: Tiga tentera Israel ditahan semalam atas dakwaan melontar bom buatan tangan terhadap penduduk Palestin di bandar Bethlehem, Tebing Barat.

Menurut Angkatan Pertahanan Israel, lelaki bersenjata Palestin merampas jasad seorang pelajar sekolah menengah Druze Israel dari sebuah hospital di bandar Jenin, Rabu lalu, selepas dirawat akibat kemalangan kereta.

Insiden itu mencetuskan jangkaan tentera Israel boleh melancarkan serangan untuk mengambil jasad remaja itu.

Bagaimanapun menurut seorang diplomat yang terbabit dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), jasad remaja itu dikembalikan secara senyap-senyap selepas rundingan kira-kira 30 jam.

Lelaki bersenjata itu tidak mengumumkan motif mereka, namun rakyat Palestin mengadakan rusuhan di Jenin pada hari sama bagi menuntut pembebasan jasad saudara mereka yang didakwa 'dipegang' Israel.

Druze adalah komuniti Arab di Israel yang anggotanya berkhidmat dalam angkatan tentera.

Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, mereka membuat penyiasatan serangan tentera Druze Israel ke atas penduduk Palestin Isnin lalu, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz berkata, sekiranya insiden itu adalah tindakan membalas dendam, pihak tentera berhadapan dengan insiden teruk yang memerlukan akauntabiliti.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 November 2022 @ 10:39 AM