ANTARA dadah yang dirampas pihak berkuasa Arab Saudi.
ANTARA dadah yang dirampas pihak berkuasa Arab Saudi.
Agensi

Kaherah: Pihak berkuasa kawalan sempadan Arab Saudi menggagalkan beberapa siri cubaan menyeludup dadah ke negara itu.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, sebanyak 671 kilogram ganja, 26.5 tan daun Khat dan 290,170 biji ubat tertakluk undang-undang perubatan negara dirampas.

Cubaan penyeludupan itu berjaya ditumpaskan di beberapa daerah termasuk Najran, Jaza, Asir, Madinah dan Makkah serta wilayah Timur.

Seramai 82 penyeludup ditahan yang dikaitkan dengan cubaan berkenaan, antaranya 18 warga negara dan 64 pendatang, menurut kementerian itu yang dipetik Gulf News.

Jurucakap Lembaga Kawalan Narkotik kerajaan, Mejar Mohammed Al Najeidi berkata, kejayaan menumpaskan penyeludupan itu hasil koordinasi dengan agensi antidadah di Oman dan pihak berkuasa Zakat, Cukai dan Kastam Saudi.

Dalam pada itu, pihak berkuasa memaklumkan merampas dadah jenis amphetamine yang disorok dalam dalam penghantaran jentera besi di gudang di Riyadh.

Ketika serbuan itu, sembilan orang ditahan antaranya, tiga rakyat Saudi, seorang ekspatriat Syria, dua warga Bangladesh dan dua warga Pakistan.

Penyeludupan dan pengedaran dadah adalah satu kesalahan yang boleh dijatuhi hukuman mati di Arab Saudi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2022 @ 3:56 PM