Gambar ruang dalaman Tesla Model 3. - FOTO Reuters
Gambar ruang dalaman Tesla Model 3. - FOTO Reuters
Reuters

Beijing: Tesla Inc menarik balik lebih 80,000 kereta buatan China dan import yang dikeluarkan seawal 2013, untuk isu perisian dan tali pinggang keledar, satu kenyataan oleh pengawal selia pasaran China mendedahkan pada Jumaat.

Pembuat kereta elektrik yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu telah memanggil semula 67,698 kereta Model S dan Model X yang diimport ke China antara 25 September 2013 dan 21 November 2020, disebabkan masalah perisian yang menjejaskan sistem pengurusan bateri dalam kenderaan itu.

Tesla berkata ia akan menaik taraf perisian kenderaan yang ditarik balik.

Tesla turut menarik balik 2,736 kereta Model 3 import yang dikeluarkan antara Januari dan November 2019, dan 10,127 kereta buatan China daripada model yang sama dihasilkan antara 14 Oktober 2019 dan 26 September 2022.

Ini disebabkan oleh pemasangan tali pinggang keledar yang berpotensi rosak di mana Tesla akan menyemak dan memasang semula, katanya.

Pada bulan April, Tesla menarik balik sejumlah 127,785 unit kereta Model 3 di China, memetik potensi kerosakan dalam komponen semikonduktor yang mungkin menyebabkan perlanggaran.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2022 @ 3:47 PM