Mangsa yang ditemui mati di dalam kereta di Subang Perdana.
Mangsa yang ditemui mati di dalam kereta di Subang Perdana.
Oleh Asmah Rusman dan Fardy Bungga

Sungai Buloh: Balas dendam dipercayai menjadi punca seorang pengurus besar sebuah syarikat diculik sebelum ditikam di dada dan dikerat hingga mati menggunakan senjata tajam.

Mangsa berusia 40-an itu dilaporkan hilang sejak Isnin lalu oleh isterinya yang mengesyaki mangsa diculik oleh suspek selepas pulang dari bekerja.

Mayat mangsa yang hilang itu bagaimanapun ditemui terbaring berlumuran darah di dalam kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir Pangsapuri Subang Perdana, Kampung Baru Subang di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.55 pagi itu, mayat mangsa dikenali Lim Yuit Foong yang sudah mula mereput itu ditemui telentang di bahagian tempat duduk hadapan kenderaan berkunci itu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata, hasil siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian muka selain kesan kerat di leher dan tikaman di dada.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2015 @ 8:02 AM