SAHEL Mahmoud Khattab
SAHEL Mahmoud Khattab
Agensi

Amman: Hasrat seorang pelajar sekolah menengah di Mafraq untuk mengambil keputusan peperiksaannya berakhir tragedi apabila dia maut akibat terkena peluru sesat, lapor media tempatan.

Gulf News melaporkan, sejurus kejadian Sahel Mahmoud Khattab segera dibawa ke sebuah hospital untuk rawatan, tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba di situ.

Kejadian tragis itu berlaku pada Khamis, hari pengumuman keputusan peperiksaan sekolah menengah.

Polis sudah melancarkan gerakan memburu penembak berkenaan.

Dalam kejadian yang sama, seorang pelajar Tawjihi cedera terkena peluru sesat di Mafraq.

Pelajar itu dimasukkan ke Hospital Tentera Talal selepas ditembak di kaki.

Sejak akhir-akhir ini, Jordan menyaksikan beberapa siri insiden tragis yang mengejutkan masyarakat.

Seorang gadis muda diculik seorang lelaki pada Khamis di kawasan Hashmi Al Shamali di ibu negara, Amman.

Lelaki itu mengembalikan remaja itu dan cuba melarikan diri, bagaimanapun, perkhidmatan keselamatan dapat mengesan dan menangkap penculik itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2022 @ 10:22 AM