ROKET Nasa yang dilancarkan di Australia. FOTO Agensi.
ROKET Nasa yang dilancarkan di Australia. FOTO Agensi.
BERNAMA

Canberra: Buat kali pertama dalam tempoh 27 tahun, roket NASA dilancarkan dari Australia, lapor Xinhua.

Roket sub-orbital itu berjaya berlepas dari Pusat Angkasa Arnhem di Wilayah Utara (NT) awal pagi Isnin selepas pelancaran ditangguhkan akibat hujan dan angin, menurut The Australian Broadcasting Corporation.

Ia menandakan kali pertama sejak 1995 agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan roket dari Australia dan pelancaran pertamanya dari landasan pelancar komersial di negara asing.

Roket itu, yang pertama daripada tiga yang akan berlepas dari NT, mengembara kira-kira 300 km ke angkasa untuk menjalankan kajian astrofizik di Hemisfera Selatan, kata NASA.

Ketua Menteri NT Natasha Fyles menyifatkan pelancaran itu sebagai 'saat yang amat membanggakan' bagi Australia.

Pusat Angkasa Arnhem dimiliki dan dikendalikan oleh Equatorial Launch Australia (ELA), yang mensasarkan untuk menganjurkan 50 pelancaran setahun menjelang 2024.

Pelancaran seterusnya dijadualkan pada 4 Julai.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2022 @ 11:07 AM