GAMBAR hiasan. FOTO Asyraf Hamzah
GAMBAR hiasan. FOTO Asyraf Hamzah
BERNAMA

Baghdad: Kementerian Kesihatan Iraq, pada Isnin mengumumkan gelombang baharu jangkitan Covid-19 dalam negara itu, dengan 515 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

"Terdapat peningkatan ketara kes positif dalam beberapa hari lalu, selain peningkatan jumlah individu dijangkiti di hospital, sekali gus menunjukkan Iraq memasuki gelombang pandemik baharu," lapor Xinhua memetik kementerian dalam kenyataan.

Katanya, peningkatan semula jangkitan disebabkan ramai yang tidak menerima vaksin Covid-19 walaupun ia terdapat di semua pusat kesihatan di Baghdad dan wilayah lain di Iraq, serta ketidakpatuhan terhadap langkah perlindungan kesihatan.

Pada Isnin, Iraq melaporkan 515 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes 2,332,692, manakala satu kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 25,229.

Jumlah pesakit sembuh meningkat 225 kepada 2,304,557.

Sejumlah 14,420 sudah menerima vaksin Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu di seluruh Iraq, menjadikan jumlah keseluruhan dos yang diberikan adalah 10,797,872, menurut Kementerian Kesihatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2022 @ 11:42 AM