GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Baghdad: Sekurang-kurangnya enam terbunuh dalam serangan yang dilancarkan kumpulan Daish di utara Iraq.

Kumpulan itu menyasarkan penduduk daerah Taza Khurmatu di bandar Kirkuk yang dihuni majoriti etnik Turkmen, lapor Agensi Anadolu.

Satu operasi dilancarkan untuk menangkap penyerang, memetik kenyataan pihak berkuasa.

Daish pernah menguasai wilayah Mosul, Salahuddin dan Anbar pada Jun 2014 selain menawan sebahagian wilayah Diyala dan Kirkuk sebelum dirampas semula pihak berkuasa Iraq.

Pada 9 Disember 2017, bekas Perdana Menteri, Haider al-Abadi mengisytiharkan kemenangan ke atas Daish. .

Meskipun sudah lima tahun berlalu, kumpulan itu masih melancarkan serangan di wilayah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mei 2022 @ 12:40 PM