JACINDA Ardern. FOTO Agensi
JACINDA Ardern. FOTO Agensi
AFP

Wellington: New Zealand akan membatalkan sekatan sempadannya yang ketat lebih awal dan menjadikannya 'tempat yang selamat untuk dikunjungi', kata Perdana Menteri Jacinda Ardern, Rabu.

"Kami bersedia untuk mengalu-alukan dunia kembali.

"Saya berbangga New Zealand adalah sebuah negara yang mampu menyediakan tempat yang selamat untuk pelancong kami ketika ini," kata Ardern kepada pemberita.

Ardern berkata, warga Australia yang sudah divaksin boleh melawat tanpa menjalani kuarantin atau pengasingan diri mulai April, dan bukannya Julai seperti dalam jadual asal.

Pelancong dari negara yang mempunyai perjanjian bebas visa dengan New Zealand - termasuk di Hemisfera Utara, Jepun, Singapura, Korea dan Taiwan dibenarkan melakukan perkara sama mulai 1 Mei.

Ardern menyifatkan perubahan itu sebagai rangsangan besar bagi industri pelancongan New Zealand yang kini sedang bergelut.

"Kami bersedia untuk melangkah ke lembaran baharu pengurusan pandemik kami, perubahan ini membawa peluang ekonomi yang besar," katanya.

New Zealand menerima ketibaan 3.9 juta pelancong antarabangsa pada 2019, sebelum sempadan ditutup pada 2020 akibat pandemik Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mac 2022 @ 10:25 AM