Orang ramai memakai pelitup muka di stesen kereta api di Seoul, Korea Selatan. - FOTO Reuters
Orang ramai memakai pelitup muka di stesen kereta api di Seoul, Korea Selatan. - FOTO Reuters
BERNAMA

Seoul: Kes jangkitan harian Covid-19 di Korea Selatan melebihi angka 250,000 buat hari kedua berturut-turut dengan jumlah kematian harian turut melonjak.

Negara berkenaan mencatatkan kes baharu Covid-19 sebanyak 254,327, menjadikan jumlah keseluruhan 4,212,652, lapor agensi berita Yonhap berdasarkan maklumat daripada Badan Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Jumlah jangkitan harian yang dicatatkan hari ini, merosot sedikit berbanding hari sebelumnya iaitu sebanyak 266,853.

Jumlah keseluruhan jangkitan melepasi angka empat juta hari ini, hanya lima hari selepas ia mencapai angka tiga juta.

KDCA berkata, angka jangkitan mencapai satu juta awal bulan ini.

Peningkatan jumlah jangkitan secara tidak langsung melonjakkan angka kematian dan pesakit yang tenat.

Ia merekodkan penambahan 216 kematian hari ini, yang tertinggi setakat ini menjadikan jumlah keseluruhan 8,796.

Pihak berkuasa kesihatan berkata, gelombong terkini ini dijangka mencapai kemuncak dengan jumlah kes harian mencecah 350,000 sekitar pertengahan bulan ini dengan varian Omicron masih menjadi penyebab utama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Mac 2022 @ 3:44 PM