BAYI diberikan nama unik, ā€˜Nā€™...Clio. FOTO Agensi
BAYI diberikan nama unik, ā€˜Nā€™...Clio. FOTO Agensi
Agensi

Jakarta: Seorang bayi dari Eromoko, Wonogiri, Jawa Tengah, Indonesia mendapat perhatian kerana diberi nama unik iaitu N...Clio.

Tribunnews melaporkan, bayi mesra dipanggil Clio yang kini berusia lapan bulan dilahirkan pada 4 Februari lalu.

Bayi itu adalah anak keempat kepada pasangan Widodo, 42, dan Amin Sulistiyorini, 40.

Bapanya, Widodo memberitahu bahawa dia yang memberikan nama unik itu.

"Ya walaupun cuma nama, tapi mudah-mudahan menjadi doa," katanya.

Menurut Widodo, nama Clio tidak difikirkan secara khusus sebelum anaknya itu lahir, tetapi ia diberikan lima hari selepas kelahiran.

Pada mulanya, Widodo berniat memberi nama N saja, namun cadangan itu dibangkang oleh anak ketiganya.

Akhirnya, Widodo memberi tambahan nama Clio dengan tiga titik itu.

Widodo yang juga ahli Paguyuban Aji Saka (Komuniti Kebudayaan Jawa) itu menyebut, setiap nama anaknya memiliki makna khusus dan ia diselitkan dengan doa ibu bapa.

Menurutnya, nama N sendiri bermaksud pengangkat darjat dan keuntungan mengikut kebudayaan jawa.

"Kalau di Aji Saka, semua sudah faham makna tiga titik itu. Orang dulu menyebutnya kata sandi surat Jawa," katanya.

Sementara itu, nama Clio mengambil inspirasi daripada ratu kerajaan Mesir, Cleopatra.

Widodo berkata, anaknya itu bagaimanapun boleh dipanggil N mahupun Clio.

Widodo dan isterinya berharap anaknya membesar dengan sihat, menjadi anak solehah dan akan sentiasa menjaga nama baik keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Oktober 2021 @ 7:01 AM