Imej pesawat Rimbun Flight yang terhempas di kawasan gunung di Papua. - FOTO EPA
Imej pesawat Rimbun Flight yang terhempas di kawasan gunung di Papua. - FOTO EPA
AFP

Jakarta: Pesawat kargo kecil dengan tiga kru kabin terhempas di gunung yang terletak di wilayah Papua.

Pesawat Rimbun Flight terputus hubungan dengan menara kawalan ketika ia sepatutnya mendarat di lapangan terbang Intan Jaya, kata pegawai polis dan pengangkutan.

"Cuaca di lapangan terbang tidak berapa baik. Kami menjangkakan pesawat itu boleh mendarat namun, landasan tidak dapat dilihat dengan jelas," kata jurucakap polis Papua, Ahmad Mustofa Kamal.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat sudah digerakkan.

Menurutnya, serpihan pesawat jenis Twin Otter 300 itu ditemukan penduduk tempatan kira-kira tiga jam selepas ia terputus hubungan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 September 2021 @ 6:49 PM