GAMBAR hiasan. FOTO AFP
GAMBAR hiasan. FOTO AFP
Agensi

Jeddah: Kementerian Haji dan Umrah bersedia menerima jemaah haji pada 17 dan 18 Julai ini di empat pusat, sebelum mereka dibawa ke Masjidil Haram menaiki bas untuk mengerjakan tawaf sebelum ke Tanah Suci.

Permit melaksanakan haji dikeluarkan kepada warganegara dari 150 negara dan keutamaan diberikan kepada mereka yang belum pernah menunaikan haji sebelum ini serta kumpulan umur tertentu.

Kementerian turut meminta semua jemaah yang memenuhi syarat mendapat permit mengerjakan haji tahun ini untuk mengunjungi pusat vaksin terdekat bagi mendapatkan dos suntikan Covid-19 kedua sebagai langkah berjaga-jaga.

Sementara itu, Arab Saudi merekodkan 14 lagi kematian berkaitan Covid-19 semalam, meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 7,947 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Julai 2021 @ 8:52 PM