RAKYAT India mengenakan pelitup muka sebagai langkah mengekang penularan Covid-19. FOTO EPA
RAKYAT India mengenakan pelitup muka sebagai langkah mengekang penularan Covid-19. FOTO EPA
AFP

New Delhi: New Delhi dan Mumbai mula melonggarkan sekatan hari ini, selepas jumlah jangkitan merekodkan pengurangan.

Hospital di kedua-dua bandar berkenaan yang mempunyai jumlah populasi 40 juta, sebelum ini berdepan masalah kekurangan bekalan oksigen dan bekalan perubatan kritikal pada April dan Mei.

Selepas kes jangkitan yang memuncak pada kedua-dua bulan berkenaan, pihak berkuasa di Delhi dan Mumbai dan beberapa bandar lain melaksanakan sekatan pergerakan untuk mengekang jangkitan.

"Kita perlu terus berada dalam keadaan selamat dari jangkitan Covid-19 dan mengembalikan ekonomi ke landasan yang sepatutnya," kata Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal melalui Twitter.

Perkhidmatan Delhi Metro dibenarkan beroperasi dengan 50 peratus kapasiti, selain kedai dan pusat beli-belah mula dibuka semula.

Bandar berkenaan merekodkan purata 25,000 kes jangkitan harian pada tempoh puncak sebelum ini dan ia kini berkurangan kepada sekitar 381 kes baru Ahad lalu.

Di Mumbai, kes jangkitan yang dicatatkan pada April mencecah 11,163 pada April namun kini hanya 794 kes direkodkan.

Bagaimanapun, pakar memberi amaran bahawa jangkitan masih berlaku di kawasan luar bandar dan negeri di selatan India.

Jumlah kematian yang dicatatkan masih tinggi.

Pada Isnin, India merekodkan 100,000 kes jangkitan baru selepas berlegar pada angka 400,000 pada Mei lalu.

Menteri kesihatan berkata, angka kematian masih di bawah 347,000 setakat ini, walaupun pakar memberi amaran bahawa jumlah sebenar adalah lebih tinggi berbanding yang dilaporkan secara rasmi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Jun 2021 @ 6:03 PM