AHLI keluarga tiba di krematorium di India untuk upacara pembakaran ahli keluarga yang meninggal dunia akibat Covid-19. FOTO AFP
AHLI keluarga tiba di krematorium di India untuk upacara pembakaran ahli keluarga yang meninggal dunia akibat Covid-19. FOTO AFP
AFP

New Delhi: Krisis kesihatan melanda India semakin meruncing apabila negara itu kini merekodkan angka kematian Covid-19 lebih 250,000.

Kementerian Kesihatan mengesahkan, negara itu mencatatkan rekod baharu apabila 4,205 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah maut akibat pandemik itu mencecah 254,197 orang setakat ini.

Sementara itu, jumlah kes jangkitan meningkat kepada 23.3 juta kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat.

Ketika penularan mula berkurangan di bandar besar, virus itu semakin mengganas dan tidak terkawal di kawasan pedalaman yang dihuni dua pertiga daripada 1.3 juta penduduk negara itu.

Ramai pakar percaya, jumlah rasmi kematian di negara yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan terendah itu, tidak dilaporkan.

"Kematian lebih tinggi daripada data rasmi yang didedahkan," demikian kata Penyelidik bioetika dan dasar kesihatan bebas, Anant Bhan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Mei 2021 @ 2:32 PM