PELANGI kelihatan di Pantai Bondi, Sydney. FOTO AFP
PELANGI kelihatan di Pantai Bondi, Sydney. FOTO AFP
AFP

Sydney: Australia kemungkinan akan tetap menutup sempadannya kepada pelawat sehingga penghujung 2022, kata Menteri Perdagangan dan Pelancongan negara itu pada hari Jumaat.

Lonjakan pandemik Covid-19 secara global melenyapkan harapan untuk ia dibuka kembali dengan cepat.

Menteri Dan Tehan berkata gelombang kes di benua India menunjukkan bahawa penutup kepada ketibaan dari luar adalah perlu bagi memastikan negara bebas Covid-19.

Sejak 20 Mac 2020, warga Australia dilarang melakukan perjalanan ke luar negara pengecualian individu juga sukar diperoleh bagi pelawat asing untuk masuk ke negara itu.

"Agak sukar untuk meramalkan bila sempadan akan dibuka sepenuhnya. Tekaan paling dekat mungkin pada pertengahan hingga kuarter kedua tahun depan," kata Tehan kepada Sky News.

Sebelum pandemik, kira-kira 1 juta pelawat jangka masa pendek masuk ke Australia setiap bulan. Jumlah itu kini hanya kira-kira 7,000 sahaja

Sesiapa yang masuk ke negara itu perlu melalui kuarantin ketat selama 14 hari.

Gelembung perjalanan dengan New Zealand baru-baru ini tidak berjaya sepenuhnya berikutan terhadap beberapa bandar terpaksa digantung sementara apabila kes Covid-19 tersebar di pusat kuarantin tanpa sempat dibendung.

Australia mencatatkan 29,886 kes Covid-19 sejak wabak itu bermula.

Sebilangan besar dikesan di hotel kuarantin.

Pelaksanaan vaksinasi juga agak perlahan dengan hanya 2.5 juta vaksin diberikan di negara yang mempunyai jumlah penduduk 25 juta orang.

Prospek negara yang ditutup selama hampir tiga tahun akan datang memberi tamparan hebat untuk industri pelancongan.

"Harapannya adalah agar kita dapat melihat beberapa gelembung yang disiapkan dan kita dapat melihat lebih banyak perjalanan dilakukan, tetapi kita berada dalam wabak.

"Ini sangat bergantung bagaimana kita dapat menangani pandemik global," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Mei 2021 @ 3:03 PM