Agensi

Jakarta: Gempa bumi dengan kekuatan 6.0 skala Richter yang berlaku di Malang hari ini mengakibatkan sekurang-kurangnya enam individu meninggal dunia.

Setakat jam 6 petang waktu tempatan, seramai enam penduduk setempat meninggal dunia dan seorang cedera parah, lapor Tribunnews.

Kediaman penduduk di Tulungagung mengalami kerosakan ringan manakala, di wilayah Trenggalek dan Kota Malang, kerosakan rumah pada kategori ringan hingga sedang.

Namun, di Lumajang, Malang dan Blitar, terdapat kediaman yang mengalami kerosakan teruk.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 April 2021 @ 9:09 PM