NEIL LENNIE. FOTO Agensi
NEIL LENNIE. FOTO Agensi
Agensi

Melbourne: Seorang bekas guru besar di Australia didapati bersalah kerana memalsukan sijil akademiknya ketika bertugas sebagai pendidik.

Neil Lennie, 72, pernah mengikuti pelbagai pengajian pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda tetapi tidak pernah menamatkannya.

Beliau sebaliknya menggunakan kurikulum vitae (CV) palsu dan menggunakan pendaftaran guru sah milik bapanya, antara tahun 1976 dan 2000.

Bagaimanapun, Lennie yang mengaku salah atas empat pertuduhan memperoleh AS$843,567 daripada penipuannya itu terselamat daripada hukuman penjara serta-merta.

Ia selepas mahkamah mengambil kira jasa dan sumbangan guru itu sepanjang beliau berkhidmat sebagai pendidik.

Sebaliknya, Lennie hanya dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan yang boleh ditangguhkan sehingga setahun.

Ini bermakna lelaki itu tidak akan menjalani hukuman penjara, jika berkelakuan baik sepanjang tempoh tiga bulan itu.

Dia juga perlu melaksanakan khidmat masyarakat selama setahun dan menjalani rawatan kesihatan mental seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa.

Hakim Mahkamah Victoria, Patrica Riddell berkata, kes Lennie itu sangat unik dan luar biasa. - Agensi

"Dengan peranan kamu sebagai guru, membantu banyak bekas pelajar dan memberikan sumbangan positif mereka kepada masyarakat.

"Masyarakat mendapat banyak manfaat menerusi sumbangan kamu dalam bidang pendidikan," katanya.

Dengan pemalsuan dokumen itu, dia berkhidmat di banyak institusi pendidikan termasuk Mount Scopus Memorial College, Haileybury College dan Overnewton Anglican Community College selain menjadi guru besar di Caulfield Grammar School.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mac 2021 @ 7:10 AM