RAM dibakar hidup-hidup bekas suaminya. FOTO Agensi
RAM dibakar hidup-hidup bekas suaminya. FOTO Agensi
Agensi

Beijing: Mengerikan apabila seorang wanita dibakar hidup-hidup ketika membuat penstriman langsung menerusi aplikasi TikTok.

Lebih mengejutkan, jeritan mangsa dapat didengar jelas pengikutnya yang menyaksikan sesi berkenaan.

Itu pengalaman ngeri menimpa bintang TikTok di China yang dibakar bekas suaminya sendiri, baru-baru ini.

Menurut laporan Daily Star, wanita berusia 30 tahun dikenali sebagai Black Girl Rahm atau Ram itu diserang lelaki terbabit pada 14 September lalu di wilayah pergunungan Aba di barat China.

Bekas pasangannya didakwa menyerang wanita itu di depan ahli keluarganya.

Akibat dibakar, Ram melecur 90 peratus pada badannya dan koma selama dua minggu sebelum meninggal dunia pada 30 September lalu.

Susulan kejadian, polis menahan lelaki itu yang dikenali sebagai Tang atas kesalahan membunuh.

Sesetengah laporan menyebut Tang menyerang Ram selepas wanita itu memulakan proses perceraian kerana dakwaan masalah keganasan rumah tangga.

Pasangan itu memiliki dua anak lelaki yang masih kecil.

Ram adalah seorang vlogger terkenal TikTok dengan memiliki lebih 782,000 pengikut.

Beijing Youth Daily reports melaporkan pada hari kejadian wanita itu mempersembahkan sebuah nyanyian dan ucapan kepada pengikutnya sebelum siaran terganggu sebelum jeritan suaranya kedengaran.

Selepas tragedi itu, kutipan dana dilancarkan untuk membantu keluarga Ram membiayai kos rawatannya berjumlah sejuta yuan (kira-kira RM612,00).

Kira-kira 60 peratus daripada sumbangan itu digunakan untuk membayar rawatan wanita itu, manakala bakinya disumbangkan semula kepada badan kebajikan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2020 @ 8:00 AM