PROSES menukar kelambu baharu. FOTO BERNAMA
PROSES menukar kelambu baharu. FOTO BERNAMA
BERNAMA

MAKKAH: Kiswah Kaabah diganti pada Rabu malam dan proses itu dikendalikan oleh staf Presiden Umum untuk hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sesuai dengan tradisi tahunan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Timbalan Ketua Presiden Umum untuk Hal Ehwal Masjidil Haram, Ahmed Mohammed Al-Mansouri, dalam satu kenyataan berkata Kaabah sudah dipasang dengan Kiswah baharu atau kelambu khas.

Seperti tahun sebelumnya, kelambu baru itu akan dipasang untuk menggantikan yang lama pada 9 Zulhijjah.

Kiswah diperbuat daripada 670 kilogram (kg) sutera berkualiti tinggi, 120 kg benang emas dan 100 kg benang perak.

Sebanyak 200 pekerja mahir terbabit dalam pembuatan kiswah itu di Kompleks Raja Abdul Aziz, kata Al-Mansouri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2020 @ 2:21 PM