TRUMP (kiri) dan JD Vance. FOTO AFP
TRUMP (kiri) dan JD Vance. FOTO AFP
AFP

Milwaukee: Donald Trump memenangi pencalonan rasmi sebagai calon presiden Republikan, semalam, dan memilih penyokong setia sayap kanan untuk bertanding.

Beliau memulakan konvensyen parti yang berjaya selepas percubaan pembunuhan yang gagal pada hujung minggu lalu.

Trump mengumumkan Senator Ohio, JD Vance yang berusia 39 tahun sebagai calon pilihan naib presidennya.

"Sebagai Naib Presiden, JD akan terus berjuang untuk Perlembagaan kita, berdiri bersama pasukan kita dan akan melakukan segala yang dia mampu untuk membantu saya dalam menjadikan Amerika hebat semula," tulis Trump di Truth Social.

Trump, 78, dialu-alukan pada konvensyen di Milwaukee, di mana perwakilan menyampaikan pencalonan rasmi mereka, dua hari selepas bekas presiden yang dilanda skandal itu terselamat daripada cubaan dibunuh semasa menghadiri satu perhimpunan di Pennsylvania, Sabtu lalu.

Perhimpunan Milwaukee sebahagian besarnya direka dalam imej Trump, dengan sepanduk digital memancarkan mesej dalam arena konvensyen, "Jadikan Amerika Hebat Sekali Lagi".

Penjenamaan itu mencerminkan pengambilalihan parti itu.

Perkhidmatan Rahsia, yang menafikan kritikan akibat gagal melindungi Trump daripada penembak berkata, mereka bersedia sepenuhnya untuk memastikan tahap keselamatan pada konvensyen itu.

Trump menunjukkan keyakinan serta mendahului dalam beberapa tinjauan pendapat, walaupun disabitkan dengan kes jenayah di New York.

Semalam, Trump mencatatkan satu lagi kemenangan apabila hakim menolak kes jenayah terhadapnya atas tuduhan dia membahayakan keselamatan negara dengan memegang dokumen rahsia selepas meninggalkan Rumah Putih.

Menerusi media sosial Truth Social, beliau menggesa semua kes undang-undang terhadapnya ditolak, dan sekali lagi menegaskan menjadi sasaran atas sebab politik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2024 @ 12:04 PM