AMBER Heard. FOTO fail AFP
AMBER Heard. FOTO fail AFP
AFP

Washington: Kes fitnah membabitkan bintang Hollywood Johnny Depp dan bekas isterinya, Amber Heard, selesai pada Isnin.

Ia selepas Heard bersetuju membayar Depp AS$1 juta (kira-kira RM4.4 juta) susulan dakwaan Depp menderanya secara fizikal.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Heard memberitahu dia menggugurkan rayuan terhadap tuntutan AS$10 juta (kira-kira RM44.3 juta) yang diarahkan oleh juri.

"Selepas berbincang panjang lebar saya membuat keputusan yang sangat sukar untuk menyelesaikan kes fitnah itu.

"Saya membuat keputusan itu kerana hilang kepercayaan terhadap sistem perundangan Amerika Syarikat (AS) di mana keterangan saya tidak dilindungi dijadikan hiburan dan bahan di media sosial.

"Kini saya akhirnya mempunyai peluang untuk membebaskan diri saya daripada sesuatu yang saya cuba tinggalkan lebih enam tahun lalu dan dengan syarat yang saya bersetuju.

"Saya tidak membuat pengakuan. Ini bukan tindakan mengalah," kata pelakon berusia 36 tahun itu.

Dalam kes saman itu, juri Virginia mendapati Depp dan Heard kedua-duanya bertanggungjawab atas fitnah tetapi lebih kuat memihak kepada bintang Pirates of the Carribean berdasarkan perbicaraan sengit selama enam minggu atas tuduhan penderaan rumah tangga.

Juri kemudian menetapkan ganti rugi AS$ 10.35 juta (kira-kira RM45.9 juta) kepada Depp, dan AS$2 juta (kira-kira RM8.9 juta) kepada Heard.

Peguam bela Depp yang berusia 59 tahun pada Isnin memuji penyelesaian itu.

Difahamkan, Depp berikrar untuk menyalurkan AS$1 juta itu kepada badan amal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Disember 2022 @ 11:59 AM