RAYMOND Flanks. FOTO AP
RAYMOND Flanks. FOTO AP
AP

Washington: Lelaki yang menghabiskan hampir empat dekad dalam penjara kerana pembunuhan pada 1983 dibebaskan Khamis lalu, selepas pendakwa raya New Orleans menyertai peguam bela dan meminta supaya sabitan pembunuhannya dibatalkan.

Peguam di kedua-dua pihak berkata, bukti secara tidak konsisten dalam keterangan saksi yang mensabitkan keputusan bersalah terhadap Raymond Flanks.

Usul bersama mereka untuk membebaskan Flanks diluluskan pagi Khamis oleh hakim negeri.

Flanks, 59, yang dikenal pasti dalam beberapa rekod mahkamah sebagai Raymond Flank, dituduh menembak mati Martin Carnesi pada Disember 1983 dalam rompakan bersenjata di luar rumah yang dikongsi bersama isterinya.

Isteri Carnesi, Faye, mengenal pasti Flanks sebagai pembunuh.

Tetapi keterangannya mengenai suspek dan kereta yang digunakan berbeza dalam perbicaraan daripada kenyataan awalnya kepada polis dan juri utama.

Usul yang membawa pertuduhan ke atas Flanks dibebaskan mendakwa Faye yang kini sudah meninggal dunia, menyifatkan pembunuh itu mempunyai tompokan putih di pipinya, dia berumur lewat 20-an dan memandu kereta lama.

"Memandangkan Flank berumur 20 tahun, tidak mempunyai tompokan putih di mukanya, dan memandu kereta baharu, ini adalah percanggahan penting," kata usul itu.

Menurut usul itu, Flanks ditangkap kerana rompakan bersenjata di sebuah kedai runcit kemudian disabitkan kesalahan dan tidak membantah keputusan itu apabila dia terbabit dalam kematian Carnesi.

Flanks dibicarakan dua kali untuk pembunuhan Carnesi.

Juri pertama pada 1984 menemui jalan buntu walaupun selepas diberitahu senjata yang dimiliki Flanks ketika dia ditangkap kerana rompakan runcit adalah senjata pembunuhan.

Pendakwa raya membicarakannya sekali lagi pada 1985, menjatuhkan hukuman pembunuhan peringkat pertama dan hukuman penjara seumur hidup.

"Pihak-pihak bersetuju dalam kes ini yang bergantung kepada seorang saksi mata, peguam kompeten yang bersenjatakan bukti yang kukuh akan dapat mengemukakan kes yang meyakinkan, Carnesi secara tidak bersalah tersilap apabila dikemukakan dengan suspek yang salah," kata usul itu.

The Innocence Project New Orleans yang menyokong pembebasan Flanks, menyatakan kes itu membabitkan "pengenalpastian merentas kaum".

Dengan saksi mata adalah berkulit putih, mangsa pula berkulit hitam dan kebanyakan pertuduhan salah di New Orleans membabitkan defendan berkulit hitam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 November 2022 @ 11:29 AM