HUJAN lebat dan angin kencang di St Petersburg, Florida. FOTO AFP
HUJAN lebat dan angin kencang di St Petersburg, Florida. FOTO AFP
BERNAMA

Washington: Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) sedang mengesan 23 pendatang selepas kapal mereka karam akibat dilanda Taufan Ian di pantai Florida, lapor Xinhua.

Walter Slosar, ketua ejen Peronda Sempadan AS sektor Miami, menerusi Twitter pada Rabu memaklumkan anggotanya sudah mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung insiden pendatang mendarat di Stock Island, Monroe County Florida.

Slosar berkata, empat pendatang Cuba berjaya berenang ke pantai selepas kapal mereka karam akibat cuaca buruk, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mengesan 23 lagi individu.

Ian, taufan Kategori Empat dengan kelajuan angin mencecah 250 kilometer sejam, mendarat di pantai barat Florida pada petang Rabu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2022 @ 3:07 PM