RESIT yang terjual hampir RM5.08 juta. FOTO Sotheby’s
RESIT yang terjual hampir RM5.08 juta. FOTO Sotheby’s
Agensi

New York: Resit belian untuk sebuah 'lukisan kosong' karya pelukis Perancis, Yves Klein terjual pada harga melebihi sasaran, hampir AS$1.1 juta (RM5.08 juta).

Resit itu menurut Sotheby's, sebahagian siri seni khayalan Klein, Zones of Immaterial Pictorial Sensibility dan dijangka dijual dengan harga sehingga AS$551,000 (RM2,333,209.50), tetapi melepasi jangkaan dengan memperoleh bidaan tertinggi AS$1,151,467.40 (RM4,875,888.71)

Resit berkenaan bertarikh 7 Disember 1959, beberapa tahun sebelum kematian pelukis itu pada 1963.

Pusat lelong itu berkata, resit itu jarang jumpa kerana Klein menjemput pembeli menyertai upacara yang memerlukan peserta membakar resit dan membuang separuh daripada emas ke Sungai Seine untuk menjadikan pembeli sebagai 'pemilik mutlak' karya seni konseptual itu.

Sotheby's berkata, karya seni konseptual Klein itu meramalkan peningkatan mata wang kripto dan pertukaran token non-fungible (NFT).

"Ada yang menyamakan pemindahan zon sensitiviti dan ciptaan resit sebagai pengasas NFT yang dengan sendirinya membenarkan pertukaran tidak penting.

"Jika kita menambah Klein menyimpan daftar pemilik berturut-turut 'zon' adalah mudah untuk mencari di sini dan satu lagi konsep membabitkan blockchain," katanya.

Resit asalnya dikeluarkan kepada peniaga barangan antik Jacques Kugel adalah satu daripada 100 barangan dilelong Sotheby's bagi pihak penasihat seni dan bekas pemilik galeri Loic Malle.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 April 2022 @ 7:00 AM