Presiden AS, Joe Biden.
Presiden AS, Joe Biden.
BERNAMA

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin negara anggota G7 pada Khamis untuk membincangkan langkah seterusnya terhadap Rusia susulan operasi ketenteraan Moscow di wilayah Donbass, lapor Xinhua.

AS dan "sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan menyelaraskan tindakan bagi memastikan tindakan kukuh serta bersatu menghalang sebarang pencerobohan terhadap pakatan," kata Biden pada Rabu.

Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis mengumumkankan "operasi ketenteraan khas" di wilayah Donbass.

Ukraine turut mengesahkan bahawa sistem ketenteraannya di seluruh negara telah diserang.

"Rancangan bukan untuk menawan Ukraine. Kami tidak akan mengenakan sebarang sekatan, dan kekerasan kepada sesiapa," kata Putin dalam ucapannya.

Putin berkata, tindakan Rusia sebagai tindak balas kepada "ancaman" Nato yang telah meluaskan keanggotaannya ke timur Eropah serta membawa infrastruktur ketenteraannya berhampiran sempadan Rusia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Februari 2022 @ 7:30 PM