ROWE menjamah daging mentah.
ROWE menjamah daging mentah.
Agensi

Omaha: Seorang lelaki di Nebraska, Amerika Syarikat (AS) mengamalkan diet pelik dengan memakan daging mentah sejak tiga tahun lalu.

Weston Rowe yang memakan daging dan ayam mentah, tidak berhasrat untuk berhenti mengamalkan diet itu.

Lelaki berusia 39 tahun itu akan memakan produk tinggi protein seperti daging lembu, ayam dan organ dalaman haiwan.

Semua produk makanan itu diperolehnya secara terus dari ladang tenusu dan pembekal.

Dia percaya diet yang diamalkan itu mampu meningkatkan tenaga pada tubuh walaupun terdapat amaran mengenai bahaya jangkitan kuman termasuk salmonela.

"Saya memiliki fizikal dan mental yang baik malah lebih baik berbanding sebelum ini," katanya kepada Agensi Berita Caters.

Dia juga tidak lagi makan makanan proses dan berbelanja sebanyak AS$140 (kira-kira RM560) seminggu untuk membeli makanan dietnya.

Rowe juga tidak gemar makan dua hingga tiga kali sehari, dan kadangkala tidak mengambil sarapan.

Cuma, ada kalanya dia hanya makan beberapa biji telur mentah dan buah.

"Buah adalah satu daripada makanan yang saya makan selain makanan berasaskan daging," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Oktober 2021 @ 7:02 AM