Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech. FOTO Fail AFP
Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech. FOTO Fail AFP
AFP

Washington: Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech boleh disimpan dalam suhu peti sejuk biasa sehingga sebulan di Amerika Syarikat (AS).

Perkara itu diumumkan oleh agensi kawal selia negara itu dalam usaha untuk membantu proses pengedaran vaksin berkenaan.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS berkata, pihaknya membuat keputusan itu berdasarkan penilaian terhadap data terbaharu dikemukakan Pfizer.

Menurut FDA, vaksin itu boleh disimpan dalam peti sejuk, pada suhu antara dua hingga lapan darjah Celcius, sehingga tempoh sebulan.

Sebelum ini, ia hanya boleh disimpan pada suhu itu sehingga lima hari.

Agensi Ubat-ubatan Eropah pada Isnin juga membenarkan vaksin Pfizer untuk disimpan di dalam peti sejuk untuk tempoh sehingga sebulan.

FDA sebelum ini sudah melonggarkan kaedah simpanan vaksin itu pada Februari dengan membenarkan ia disimpan dalam peti sejuk farmaseutikal untuk tempoh sehingga dua minggu.

Ia berbanding peti sejuk beku dengan suhu antara -80 to -60 darjah Celsius.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Mei 2021 @ 11:07 AM