DONALD Trump (kiri) dan isterinya, Melania. FOTO AFP
DONALD Trump (kiri) dan isterinya, Melania. FOTO AFP
AFP

Washington: Donald Trump dan isterinya, Melania, sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Januari, sebelum meninggalkan Rumah Putih.

Perkara itu diberitahu oleh penasihat kepada bekas presiden itu, pada Isnin.

"Presiden Trump dan isteri sudah divaksin di Rumah Putih, pada Januari," katanya tanpa memberikan butiran terperinci.

Joe Biden, yang dilantik sebagai presiden pada 20 Januari, menerima suntikan vaksin itu di depan umum pada 21 Disember.

Bagaimanapun, detik Trump menerima suntikan vaksin berkenaan tidak didedahkan kepada umum, sebelum ini.

Trump, pada Ahad berucap buat kali pertama sejak meninggalkan Rumah Putih, berkata, semua orang perlu menerima suntikan vaksin Covid-19.

Segelintir penyokong Trump sebelum ini skeptikal mengenai vaksin itu.

Trump dijangkiti Covid-19 pada awal Oktober tahun lalu dan dimasukkan ke hospital selama beberapa hari di pinggir Washington.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mac 2021 @ 9:04 AM