TASIK Laguna 513 di ketinggian lebih 13,000 kaki dari atas laut yang terbentuk selepas glasier Hualcan menair. FOTO Fail Reuters.
TASIK Laguna 513 di ketinggian lebih 13,000 kaki dari atas laut yang terbentuk selepas glasier Hualcan menair. FOTO Fail Reuters.
AFP

Lima: Ais di puncak banjaran Andes di Peru, pergunungan glasier tropika dunia, mencair lebih separuh akibat perubahan iklim.

Kementerian Alam Sekitar berkata, menurut laporan Institut Penyelidikan Glasier dan Ekosistem Kebangsaan, glasier surut sebanyak 1,348 kilometer persegi sejak 1962.

Gunung Pastoruri berketinggian 5,250 meter di wilayah utara Ancash yang juga 'permata' bagi sektor pelancongan Peru, antara yang paling teruk terjejas apabila kehilangan lebih 50 peratus permukaan ais.

"Proses ini menyebabkan pembentukan lagun baharu," katanya.

Peru berkata, glasier di pergunungan itu merangkumi kira-kira 70 peratus glasier di kawasan tropika dunia.

"Glasier tropika sangat penting kerana petunjuk terhadap perubahan iklim dunia," kata institut itu.

Kajian kehilangan ais telah dijalankan di 20 banjaran gunung glasier yang ada di 14 daripada 25 sektor di Peru.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2023 @ 3:41 PM