RUNTUHAN salji di gunung berkenaan. FOTO Reuters
RUNTUHAN salji di gunung berkenaan. FOTO Reuters
Reuters

Canazei, Itali: Kru helikopter terbang atas melalui Pergunungan Alps di Itali untuk mencari 13 individu yang masih hilang selepas runtuhan besar glasier pada Isnin.

Kejadian itu menyebabkan tujuh maut dalam bencana yang disifatkan oleh pakar diakibatkan peningkatan suhu.

Sebahagian besar Itali terkesan dengan gelombang panas awal musim panas dan saintis berkata perubahan iklim menjadikan glasier yang sebelum ini stabil lebih sukar untuk diramalkan.

Runtuhan yang berlaku di Marmolada, yang pada ketinggian lebih daripada 3,300 meter adalah puncak tertinggi di Dolomites, sebuah banjaran di timur Alps Itali yang melintasi wilayah Trento dan Veneto.

Perdana Menteri Itali Mario Draghi berkata bencana itu dikaitkan dengan faktor persekitaran.

"Hari ini Itali menangis namun kerajaan mesti memikirkan cara dan mengambil langkah bagi memastikan ia tidak berulang atau boleh dielakkan," katanya.

Tujuh orang terbunuh dan dua daripada lapan cedera parah," Presiden Wilayah Trento Maurizio Fugatti.

Seorang pelancong Austria yang sebelum ini dilaporkan hilang sudah dikesan.

"Ini adalah kemalangan pertama dalam sejarah gunung itu," kata Gino Comelli, yang membantu menyelaraskan usaha menyelamat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Julai 2022 @ 1:22 PM