GAJAH di sebuah taman di barat laut Uganda. FOTO fail AFP
GAJAH di sebuah taman di barat laut Uganda. FOTO fail AFP
BERNAMA

Kampala, Uganda: Dua orang terbunuh, manakala tanaman turut musnah selepas sekawan gajah terlepas dari sebuah taman di Uganda.

Menurut polis, insiden berlaku di Taman Negara Queen Elizabeth, yang terletak di daerah barat Kasese, sekitar 278 kilometer dari ibu negara Kampala.

"Gajah-gajah itu menuju ke kampung berhampiran iaitu Kasandala, hingga menyebabkan kerosakan.

"Kerajaan akan menilai kerosakan yang berlaku dan memberi pampasan kepada mereka yang terjejas," kata Pesuruhjaya Daerah Residen Kasese Joe Walusimbi kepada Anadolu.

Jurucakap Pihak Berkuasa Hidupan Liar Uganda, Bashir Hangi, mengesahkan kejadian itu.

Beliau mengucapkan takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang dan berjanji akan memberi bantuan.

Ketua kampung Kasandala Augustus Muzimbi memberitahu Anadolu bahawa mangsa yang terkorban ialah Yoramu Mugisha, yang diserang gajah semasa bekerja di kebunnya, dan Deo Mujuke, yang diserang ketika pulang dari memancing di tasik berdekatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2023 @ 2:37 PM