WAJAH Halie Tennant sebelum (gambar kiri) dan selepas (gambar kanan) insiden berkenaan. FOTO Agensi
WAJAH Halie Tennant sebelum (gambar kiri) dan selepas (gambar kanan) insiden berkenaan. FOTO Agensi
Agensi

Melbourne: Seorang guru dari Hotspur, wilayah Victoria, Australia sedih apabila wajahnya dulunya putih gebu kini seakan zombie.

Ia selepas dia melecur teruk akibat terjatuh ke dalam unggun api di satu tapak perkhemahan pada akhir Mei lalu.

The Sun UK melaporkan kejadian itu menyebabkan Halie Tennant, 29, berdepan perubahan besar di dalam hidupnya apabila terpaksa menjalani banyak pembedahan.

Halie berkata, pandemik Covid-19 menambah penderitaannya kerana hanya seorang pengunjung dibenarkan melawatnya selama satu jam sehari ketika dia dalam proses pemulihan.

Menurutnya, ketika kejadian, dia tertidur di atas kerusi berhampiran dengan unggun api.

Secara tiba-tiba, dia terjatuh ke dalam unggun api dan rakannya tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya.

Selepas diselamatkan, rakannya itu menuangkan air sejuk untuk meredakan kulit Halie yang melecur.

Dia kemudian menghantar Halie ke rumah wanita itu yang terletak kira-kira dua kilometer (km) dari situ.

Suami Halie, Matthew berusaha membantu menuangkan air sejuk di muka isterinya.

Halie kemudian dikejarkan ke unit rawatan rapi di The Alfred Hospital di Melbourne dan koma tidak lama selepas itu.

Dia menghabiskan lebih dari dua setengah bulan di hospital dan menjalani enam pembedahan.

Ia termasuk untuk membuang kulit yang rosak dan melakukan pemindahan kulit ke muka, leher, kelopak mata dan mulutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2020 @ 6:45 AM