PENDUDUK Palestin yang memakai topeng dan pelitup muka menerbangkan ‘belon berapi’ dari Gaza ke kawasan dikuasai Israel. FOTO AFP
PENDUDUK Palestin yang memakai topeng dan pelitup muka menerbangkan ‘belon berapi’ dari Gaza ke kawasan dikuasai Israel. FOTO AFP
BERNAMA

Gaza City: Tentera Israel mengebom kedudukan sayap tentera Hamas Briged Izz ad-Din al-Qassam. di Semenanjung Gaza, awal pagi Khamis.

Koresponden agensi berita Anadolu melaporkan pesawat tentera rejim itu menyasarkan lokasi briged berkenaan.

Bagaimanapun, tiada laporan kemalangan jiwa.

Israel mendakwa, serangan itu sebagai tindak balas terhadap 'belon berapi' yang diterbangkan dari Gaza ke kawasan yang dikuasai Israel.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2020 @ 10:49 AM