FOTO pada 25 Julai menunjukkan petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 kepada pengunjung sebuah pusat beli-belah di Dalian. FOTO AFP) / China OUT
FOTO pada 25 Julai menunjukkan petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 kepada pengunjung sebuah pusat beli-belah di Dalian. FOTO AFP) / China OUT
AFP

Beijing: China merekodkan 61 kes baharu Covid-19 pada Isnin sekali gus menjadi angka tertinggi sejak April.

Ia dikatakan disumbangkan oleh kluster di tiga wilayah.

Angka terbaharu itu berbanding 89 kes dengan sebahagian besarnya kes import yang direkodkan pada 14 April.

Sebahagian besar daripada 57 kes tempatan ditemui di Xinjiang, wilayah barat laut negara itu.

Sebanyak 14 kes tempatan juga dilaporkan di wilayah timur laut Liaoning di mana kluster baharu dikesan di bandar Dalian, minggu lalu.

Dua lagi kes kes baharu dikesan di wilayah Jilin yang bersempadan dengan Korea Utara.

Dalam pada itu, Urumqi, Xinjiang dan Dalian, Xinjiang kini dikenakan perintah 'lockdown'.

Bagaimanapun, pakar masih tidak dapat mengenal pasti punca kluster di Xinjiang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2020 @ 11:43 AM