(Dari kiri) William Roderick Bryan, Gregory McMichael and anaknya, Travis McMichael. FOTO AFP
(Dari kiri) William Roderick Bryan, Gregory McMichael and anaknya, Travis McMichael. FOTO AFP
AFP

Washington: Tiga lelaki yang ditahan susulan pembunuhan Ahmaud Arbery, seorang lelaki kulit hitam yang sedang berjoging di selatan Amerika Syarikat (AS), didakwa atas tuduhan membunuh, semalam.

Arbery, 25, ditembak mati pada 23 Februari ketika sedang joging di kawasan perumahan di Brunswick, Georgia.

Insiden itu mencetuskan kontroversi kerana pihak berkuasa tidak membuat sebarang tangkapan selama dua bulan selepas itu.

Hanya selepas video kejadian tular do media sosial, usaha mengesan suspek giat dijalankan.

Pegawai polis yang sudah bersara, Gregory McMichael, 64, anak lelakinya, Travis, 34, yang kelihatan dalam video tular itu ditahan pada 7 Mei.

Lelaki yang merakamkan kejadian, William Bryan, 50, diberkas, dua minggu selepas itu.

Mereka berdepan sembilan pertuduhan termasuk membunuh, melakukan serangan dan mengurung mangsa secara salah.

Nama Arbery turut dilaungkan oleh peserta demonstrasi bagi membantah keganasan dan diskriminasi terhadap Afrika-Amerika, yang masih diadakan di AS, pada ketika ini.

Perhimpunan berkenaan diadakan susulan kematian George Floyd dipercayai akibat keganasan polis pada 25 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2020 @ 10:29 AM