PENUNJUK perasaan menentang khatan kepada wanita. FOTO AFP
PENUNJUK perasaan menentang khatan kepada wanita. FOTO AFP
Agensi

KAHERAH: Menggunakan vaksin Covid-19 sebagai dalih memperdayakan tiga anak perempuannya supaya berkhatan.

Itu taktik seorang bapa di Mesir yang kini didakwa atas perbuatannya itu bersama doktor yang membuat prosedur berkenaan.

Memetik BBC News, pendakwa raya berkata, doktor terbabit ke rumah kanak-kanak itu selepas lelaki itu memberitahu mereka akan menerima vaksin Covid-19.

Katanya, kanak-kanak di bawah usia 18 tahun itu dibius sebelum menjalani proses berkhatan.

"Mereka tidak sedarkan diri dan apabila terjaga, mereka terperanjat kaki diikat serta merasa sakit pada alat sulit masing-masing," katanya dalam satu kenyataan.

Rahsia lelaki itu terbongkar selepas kanak-kanak itu memberitahu ibu mereka yang sudah bercerai dengan bapa mereka.

Wanita itu membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai prosedur terbabit.

Prosedur mutilasi kelamin wanita (FGM) atau khatan untuk wanita diharamkan di Mesir pada 2008, namun ia masih berlaku.

FGM adalah jenayah Mesir 2016 dan doktor boleh dipenjara sehingga tujuh tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2020 @ 6:01 AM