LELAKI memasuki mesin penyah kuman sebelum memasuki Masjidilharam di Makkah. FOTO AFP
LELAKI memasuki mesin penyah kuman sebelum memasuki Masjidilharam di Makkah. FOTO AFP
Agensi

Riyadh: Arab Saudi akan melaksanakan perintah berkurung 24 jam ketika cuti perayaan Aidilfitri di negara itu.

Ia akan berkuat kuasa lima hari antara 30 Ramadan sehingga 4 Syawal (23 Mei hingga 27 Mei) ini, bagi membendung penularan Covid-19.

Kementerian Dalam Negeri arahan itu seperti disarankan pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Pada Selasa, Arab Saudi merekodkan 2,520 kes baharu Covid-19 sekali gus tertinggi dalam tempoh dua bulan.

Ia menjadikan 15,257 kes positif virus itu dilaporkan di negara berkenaan setakat ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2020 @ 10:23 AM