PEMERIKSAAN suhu dilakukan sebelum kakitangan memasuki bangunan pejabat. FOTO Reuters.
PEMERIKSAAN suhu dilakukan sebelum kakitangan memasuki bangunan pejabat. FOTO Reuters.
AFP

Beijing: Jumlah kematian akibat wabak koronavirus baharu (Covid-19) di China melepasi 1,600 hari ini apabila 139 lagi disahkan meninggal dunia di wilayah Hubei.

Dalam laporan harian terkini, suruhanjaya kesihatan wilayah turut memaklumkan penemuan 1,843 kes baharu, iaitu penurunan berbanding semalam.

Sekurang-kurangnya 1,662 orang maut akibat wabak berkenaan, manakala lebih 68,000 dijangkiti dan kebanyakan kematian berlaku di Hubei.

Wilayah itu mencatatkan lebih 14,000 kes sehari sepanjang minggu ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Februari 2020 @ 8:46 AM