AMARA yang parah dilanggar kereta selepas dikejar penyerang. FOTO Agensi
AMARA yang parah dilanggar kereta selepas dikejar penyerang. FOTO Agensi
Agensi

NEW YORK: Seorang anggota bomba terkejut apabila mendapati mangsa kemalangan yang parah dilanggar kereta rupa-rupanya anak sendiri ketika dia tiba untuk memberi bantuan kecemasan dalam kejadian di Queens, New York.

Daily Mail melaporkan, kejadian 6 Disember itu berlaku apabila mangsa, Amara, 14, cuba melarikan diri daripada seorang lelaki, Kevin Ramtahal yang menyerangnya ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Mangsa yang ketakutan berlari sambil melintas jalan sebelum dilanggar kereta hingga cedera serius pada kaki serta retak tulang.

Bapanya, Omar Wilks yang berkhidmat dengan jabatan bomba Queens menerima panggilan kecemasan untuk memberi bantuan bersama beberapa anggota lain sebelum mendapati mangsa anaknya.

New York Post melaporkan, Wilks mendapat maklumat mengenai kejadian itu di Facebook daripada individu tidak dikenali yang akhirnya membantu penangkapan Ramtahal.

Suspek kemudian dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Queens, kelmarin atas tuduhan membahayakan nyawa kanak-kanak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Disember 2019 @ 8:52 AM