PENUNJUK perasaan diselubungi api ketika rusuhan di Chile.
PENUNJUK perasaan diselubungi api ketika rusuhan di Chile.
AFP

SANTIAGO: Jumlah kematian akibat keganasan di Chile meningkat kepada 23 orang ketika rusuhan sosial di negara itu memasuki minggu kelima.

Rampasan dan demonstrasi berlaku di beberapa bandar di seluruh negara Amerika Selatan itu dan persetujuan mengenai pelan tindakan politik yang bakal menyaksikan Chile menggubal perlembagaan baru tidak meredakan kemarahan mahupun pertumpahan darah.

Rakyat Chile yang kemarahan sejak 18 Oktober lalu membantah ketidakadilan sosial dan ekonomi serta menentang kumpulan elit politik yang berasal dari sebilangan kecil keluarga terkaya di negara itu.

Krisis itu adalah yang terburuk berlaku dalam tempoh tiga dekad demokrasi di Chile yang menyebabkan kira-kira 2,000 orang cedera, termasuk 280 orang mengalami kerosakan mata akibat pelet senapang patah.

Pegawai kementerian dalam negeri berkata, kematian terbaru membabitkan seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang dilanggar van ketika bantahan di Afrika, kira-kira 2,100 kilometer ke utara Santiago.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 November 2019 @ 2:32 PM