MANGSA terima ancaman bunuh selepas bergaduh dengan suspek. FOTO hiasan
MANGSA terima ancaman bunuh selepas bergaduh dengan suspek. FOTO hiasan
Agensi

ISLAMABAD: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai membunuh jirannya yang dituduh mencuri kata laluan kemudahan Internet tanpa wayar (WiFi) di rumahnya di Karachi, Pakistan.

The Independent melaporkan, mangsa terdiri daripada dua beranak itu dikenali sebagai Farooq dan anaknya, Haris yang juga penuntut Universiti Karachi.

Beberapa saudara mereka mendakwa, mangsa menerima ancaman bunuh daripada suspek selepas bertelingkah hampir dua bulan lalu.

Suspek yang dikenali sebagai Qasim didakwa turut membuat ancaman sama terhadap seorang lagi anak lelaki mangsa.

Lelaki terbabit yang cuba melarikan diri sebaik laporan polis dibuat kemudiannya berjaya ditahan di bandar Shah Latif sebelum membuat pengakuan membunuh jirannya itu, lapor Inquirer.

Polis memberitahu, mereka masih lagi menyiasat kes terbabit sebaik penahanannya dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 6:16 PM