SERANGAN dilakukan sekumpulan lelaki bersenjata yang memakai topeng. FOTO AFP
SERANGAN dilakukan sekumpulan lelaki bersenjata yang memakai topeng. FOTO AFP
Reuters

DUSHANBE: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam kejadian tembakan di pos kawalan di sempadan Tajik-Uzbekistan selepas mereka diserang sekumpulan lelaki bersenjata dan memakai topeng, kata pihak berkuasa Tajikistan, semalam.

Jawatankuasa Keselamatan Negara Tajikistan berkata, seramai 20 penyerang membunuh seorang pengawal sempadan dan anggota polis manakala 15 daripada mereka terbunuh kerana saling berbalas tembakan.

“Baki lima lagi berjaya ditangkap”, katanya dalam satu kenyataan.

Tiada maklumat lain diberikan mengenai penyerang berkenaan dan tambahnya lagi polis kini menjalankan siasatan ke atas kejadian itu yang berlaku 50 kilometer di barat daya ibu kota, Dushanbe.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 November 2019 @ 10:29 AM