13 mayat ditemui selepas sebuah kapal membawa pendatang karam di luar perairan Lampedusa.
13 mayat ditemui selepas sebuah kapal membawa pendatang karam di luar perairan Lampedusa.
AFP/Reuters

LAMPEDUSA: 13 mayat wanita ditemui selepas sebuah kapal yang membawa pendatang terbalik akibat cuaca buruk di perairan Lampedusa di selatan Sicily, Itali, kata pengawal pantai hari ini.

Menurut pengawal pantai Itali, kapal penyelamat berusaha menyelamatkan sebuah kapal terlebih muatan yang membawa 50 pendatang dari Tunisia dan Afrika Barat.

“Sekurang-kurangnya 22 orang berjaya diselamatkan manakala pencarian ke atas mangsa masih hidup dikerahkan termasuk dari udara.

“Keadaan cuaca yang buruk dan penghijrahan pendatang secara beramai-ramai menyebabkan kapal berkenaan terbalik,” kata pengawal pantai.

Salah seorang yang terselamat berkata, dia kehilangan adik perempuan dan anak saudaranya berusia lapan bulan dalam tragedi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 6:53 PM