KEBAKARAN di sebuah kilang di daerah Ninghai timur wilayah Zhejiang, lewat semalam. FOTO Agensi
KEBAKARAN di sebuah kilang di daerah Ninghai timur wilayah Zhejiang, lewat semalam. FOTO Agensi
AFP

BEIJING: Sekurang-kurangnya 19 maut dalam kebakaran di sebuah kilang di daerah Ninghai timur wilayah Zhejiang, lewat semalam, menurut kerajaan tempatan menerusi Weibo.

Insiden kebakaran itu berlaku di fasiliti yang dimiliki Syarikat Ruiqi Daily Necessities.

Menurut pihak berkuasa Ninghai, lapan mangsa berjaya diselamatkan termasuk tiga darinya tercedera dan dihantar ke hospital untuk dirawat.

Kemalangan membabitkan industri sering berlaku di China dipercayai kerana penguatkuasaan keselamatan yang longgar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 September 2019 @ 12:27 PM