GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

SYDNEY: Kerajaan Australia hari ini mendedahkan tiga rakyatnya ditahan di Iran, siri terbaru penahanan orang Barat yang dilakukan pihak berkuasa di Tehran.

“Jabatan Hal Ehwal Luar Negara dan Perdagangan menyediakan bantuan konsular kepada keluarga ketiga-tiga rakyat Australia berkenaan yang ditahan di Iran,” kata seorang jurucakap memberitahu AFP namun enggan mengulas lanjut.

Canberra meneruskan usahanya untuk membebaskan tiga warganya dan tidak jelas sekiranya mereka turut dikenakan dakwaan.

Kes penahanan mereka didedahkan selepas Times of London melaporkan bahawa dua wanita kelahiran British-Australia ditahan di penjara Evin di Tehran.

Stesen penyiar awam Australia, ABC berkata salah seorang teman lelaki kepada wanita berkenaan yang juga warga Australia turut ditahan.

Salah seorang wanita itu dilaporkan sudah ditahan selama berbulan-bulan, sementara pasangan itu pula semasa berkhemah berdekatan dengan kemudahan ketenteraan dalam perjalanan merentasi seluruh Asia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 September 2019 @ 9:55 PM