GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

YAOUNDE: Seramai 17 pelayar China dan Ukraine diculik selepas dua kapal dagang diserang di Teluk Guinea, Cameroon, semalam.

Jurucakap di pelabuhan Douala memberitahu AFP, sembilan pelayar China diculik dari salah sebuah kapal berkenaan.

Seorang pegawai keselamatan yang enggan namanya disiarkan mengesahkan maklumat itu.

Penculikan itu didedahkan semalam oleh sumber dari tentera laut Cameroon dan perkhidmatan pelabuhan negara itu yang memberitahu tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Ogos 2019 @ 9:15 PM