Keadaan rumah tiga beradik buta hangus selepas kebakaran, di Kampung Titi Besi. STR/DZIYAUL AFNAN ABDUL RAHMAN.
Keadaan rumah tiga beradik buta hangus selepas kebakaran, di Kampung Titi Besi. STR/DZIYAUL AFNAN ABDUL RAHMAN.
Agensi

SEOUL: Rahsia seorang lelaki di Busan, Korea Selatan, berpura-pura buta selama lapan tahun bagi membolehkannya mendapat wang bantuan kerajaan, terbongkar apabila dia dilihat memandu kereta oleh jirannya.

Semalam, media tempatan melaporkan, seorang jiran lelaki berusia 49 tahun itu yang terpedaya dengan penipuannya selama bertahun-tahun, terkejut apabila melihat lelaki terbabit memandu dan meletakkan kereta di rumahnya.

Jirannya yang berang dengan kejadian itu melaporkan penipuan itu kepada agensi anti rasuah Korea Selatan.

Lelaki terbabit dikatakan meraih wang lumayan sepanjang tempoh lakonannya iaitu wang bantuan disalurkan kerajaan kepada golongan kurang upaya di negara berkenaan.

Bagaimanapun, penipuannya berakhir apabila polis dari Balai Busan Yeonje sudah menahannya kerana melakukan kesalahan mengikut akta pencen dan memalsukan status kurang upaya.

Menurut Sky News, dia didakwa memperdayakan orang ramai sebagai lelaki buta yang serius sebelum menerima wang bantuan kerajaan berjumlah 118 juta won (RM421,136) antara 2010 hingga 2018.

Bukti penipuannya turut ditemui apabila polis menemui rakaman dalam telefon bimbit suspek, menunjukkan dia memandu kenderaan di lebuh raya.

Lelaki itu dikatakan pernah mengalami masalah mata beberapa tahun lalu menyebabkan dia terpaksa memakai cermin mata namun ia tidak menjejaskan penglihatannya.

Menurut polis, suspek sudah membuat pengakuan bahawa dia sebenarnya berpura-pura buta untuk mendapatkan wang bantuan kerajaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2019 @ 8:07 AM