GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

RAIPUR, INDIA: Seorang anggota polis sempadan India melepaskan tembakan membunuh lima rakan sekerjanya sebelum menembak dirinya, semalam.

Menurut polis, Konstabel Musudul Rehman dari unit Polis Sempadan Indo-Tibet (IPBP) melepaskan tembakan itu di negeri Chhattisgarh. Dua mangsa yang cedera diterbangkan ke bandar utama negeri itu, Raipur.

Chhattisgarh kaya dengan sumber bumi namun ia antara negeri termiskin India dan menjadi pusat pemberontakan gerila Maoist menyebabkan ribuan tentera dan pemberontak terbunuh sejak 1960-an.

Sejak 2016, pihak berkuasa merekodkan lebih 300 kes bunuh diri dalam kalangan tentera India.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Disember 2019 @ 5:35 PM