AMITABH Bachchan (kanan) bersama isteri dan menantunya, Aishwarya Rai Bachchan (kiri) bergambar selepas membuat undian dalam pilihan raya.
AMITABH Bachchan (kanan) bersama isteri dan menantunya, Aishwarya Rai Bachchan (kiri) bergambar selepas membuat undian dalam pilihan raya.
AFP

MUMBAI: Jutawan dan bintang Bollywood mengajak rakyat India untuk keluar dan mengundi kerana giliran mereka dengan pengundi setinggan hari ini untuk mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia.

Ibu kota filem dan kewangan India itu menjadi tumpuan dalam pusingan undian keempat daripada tujuh pengundian sehingga 19 Mei dan keputusan akhir pilihan raya diketahui empat hari selepasnya.

Sekurang-kurangnya 40,000 anggota polis dan kakitangan keselamatan dikerah di seluruh bandar berjumlah 20 juta orang sementara pekerja diberi cuti supaya boleh mengundi untuk memilih enam anggota Parlimen Mumbai.

Kira-kira 26 dari 10,000 stesen pengundian dikendalikan kaum wanita.

Media membanjiri stesen undi di mana lelaki terkaya India, Mukesh Ambani, bintang Bollywood termasuk Amitabh Bachchan dan Aamir Khan, serta lagenda kriket Sachin Tendulkar dijangka mengundi.

“Ia adalah hari yang sangat membanggakan dan menggembirakan kita semua. Selamat hari mengundi kepada semua,” kata bintang Bollywood, Aamir Khan bersama pengarah isterinya, Kiran Rao di sebuah sekolah di kawasan mewah Bandra.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2019 @ 9:14 PM